Tips Tangani Anak Sukar Tidur
31 December 2017
Show all

Cara Menangani Bayi Batuk Berkahak

Apabila bayi mengalami batuk berkahak, sudah tentu ibunya adalah insan yang paling risau.

Sehingga ada yang turut sama tidak keruan, tidak senang duduk malah sehingga berjaga malam.

Macam-macamlah kaedah diusahakan oleh si ibu untuk menangani masalah bayinya yang batuk berkahak.

Antara cara menangani bayi batuk berkahak ialah:

1. Matikan aircond.

Elakkan bayi berada dalam suhu yang sejuk seperti berhawa dingin.

Ia boleh menyebabkan tindakbalas tubuh bayi yang menyebabkan pengeluaran mukus pada saluran pernafasan.

Tindakbalas ini boleh menyebabkan rasa tidak selesa pada bayi sehingga boleh menyebabkan ia batuk tanpa henti.

2. Mandi air suam.

Mandikan bayi dengan air suam pada waktu dhuha dengan mengamalkan jirusan air dari bawah ke atas.

Jirus kaki dahulu, diikuti badan dan seterusnya kepala.

Elak mandikan bayi pada waktu senja.

3. Urutan.

Amalkan massage bayi sebaik sahaja selepas mandi, sebaiknya menggunakan minyak zaitun yang pure.

Massage di telapak kaki, betis, perut, dada, belakang, kawasan muka seperti kedua kening, hidung, pipi dan seterusnya ubun-ubun.

Lakukan dengan lembut dan penuh kasih sayang sambil bercakap-cakap dengan bayi.

“Anak mama ni sihat, kuat lawan batuk berkahak, kejap lagi sembuh la tu, batuk sikit jer tu, sebab Allah s.w.t nak anak mama belajar buang kahak sendiri, hebatnya anak mama..”

4. Ibu Jaga Makan.

Jika bayi masih menyusu badan, ibu mesti jaga pemakanan.

Lihat gambarajah di bawah sebagai rujukan makanan apa yang ibu kena pantang makan.

Cara rawat bayi batuk berkahak

Makanan yang mesti dielakkan dan diambil ketika bayi batuk berkahak (mukus)

5. Rawatan Wap.

Amalkan buat rawatan steamer mudah.

Gunakan bekas kecil seperti mangkuk, pemanas susu atau sebagainya mengikut kesesuaian.

Wap boleh membantu mengeluarkan kahak dari dalam saluran pernafasan bayi.

Cara menangani bayi batuk berkahak

Teknik rawatan wap (steamer)

6. Tepukan Percussion.

Buat tepukan percussion.

Lakukan pada sebelah pagi dan malam kerana pada waktu itu kahak lebih mudah keluar.

Lakukan setiap hari sehingga bayi sudah reda kahaknya.

Cara tepukan boleh rujuk gambar di bawah.

Cara tepukan percussion

Posisi bayi ketika teknik tepukan purcussion dilakukan

Tepukan purcussion

Teknik tepukan purcussion

7. Sup Tulang.

Jika bayi sudah mula makan, ibu boleh masakkan bone broth (sup daripada tulang samada tulang ikan, ayam ataupun lembu) untuk bayi.

Untuk sup ayam atau daging, buang isinya terlebih dahulu untuk dibuat sup.

Untuk ikan, kuah singgang ikan sudah dikira sebagai bone broth.

Ibu juga boleh buat stok bone broth dalam paket-paket kecil dan simpan dalam freezer.

Bila bayi tidak sihat, boleh guna stok bone broth tersebut untuk bantu melonjakkan imun bayi.

Bone broth sesuai digunakan untuk masalah demam, batuk, batuk berkahak, selesema, lesu, tiada selera makan dan sebagainya.

Cara buat bone broth

Bone broth daripada tulang lembu

 

Penyediaan bahan bone broth daripada kaki ayam

Penyediaan bahan bone broth daripada kaki ayam

 

8. Meniarap.

Tiarapkan bayi sewaktu bayi tidur.

Posisi ini membantu memberi kelegaan kepada bayi yang mengalami batuk berkahak.

9. Madu Kelulut.

Sekiranya bayi sudah mencapai usia 6 bulan, boleh beri bayi setengah sudu kecil madu kelulut pada setiap pagi sebelum bayi makan makanan lain.

10. Comelote.

Testimoni batuk

Testimoni batuk berkahak

Legakan bayi dengan basic set comelote.

Basic set ini terdiri daripada krim telon + head & body oil.

Gabungan kedua-dua jenis ini sangat membantu memberi kelegaan kepada bayi semasa mengalami masalah batuk berkahak.

Cara Menangani Masalah Bayi Batuk Berkahak dengan Basic Set Comelote:

1. Picit sedikit krim telon di atas telapak tangan, dan tuangkan head & body oil, kemudian ratakan sehingga sebati.

2. Sapu di kaki, buat massage di tumit, telapak kaki dan ibu jari kaki bayi. Kemudian massage beralih pula pada labu betis, perut, dada, belakang dan leher. Ketika lakukan massage di bahagian belakang, ibu boleh lakukan teknik tepukan purcussion ataupun menggunakan teknik steamer atau bekas yang mengandungi air panas untuk mengeluarkan kahak bayi secara semulajadi. Lakukan dengan berhati-hati dan sabar kerana ketika ini ada bayi yang akan mula meronta-ronta dan menangis.

3. Buat massage di bahagian kening dan ubun-ubun bayi. Sambil-sambil massage ibu mesti berbual-bual seperti skrip di atas dengan bayi.

4. Siap! Amalan massage dengan basic set comelote ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Yang penting ibu mesti KONSISTEN, SABAR dan YAKIN bahawa bayi ibu kuat untuk melawan penyakitnya.

Cara keluarkan kahak bayi

Basic Set Comelote (Krim telon + Head & body oil)

Tips tambahan: Ibu boleh amalkan baca zikir Ya Syafi (Wahai Maha Penyembuh) sebanyak mungkin semasa aktiviti massage dilakukan.

Untuk pembelian, sila hubungi ejen Comelote terdekat anda di link ini:

www.comelote.com/senarai-ejen

SHARE itu perihatin.

From the Heart of a Mother ❤️
Kak biey Mama bakal anak 5
(Pengasas Comelote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *