Tips Tangani Anak Sukar Tidur

Tips Tangani Anak Sukar Tidur

Setiap hari, Comelote dihujani banyak soalan dari ibu yang menghadapi masalah anak sukar tidur.

Pelbagai keluhan dan keresahan daripada ibu bapa yang kami terima.

Ada yang berjaga pada waktu lewat malam sehingga ke subuh.

Ada yang siang hari tidur, tapi tidak lena iaitu asyik terjaga jer!

Stress mak. ?

Cara atasi anak sukar tidur
Tidur lebih lena

Tips daripada kami untuk ibu bapa tangani anak sukar tidur ialah:

1. Kenali masalah anak.

Jika masih newborn atau bayi, mungkin dia sedang alami kembung perut, peralihan dari alam rahim ke alam dunia atau pun tidak selesa dengan suasana tempat tersebut (terlalu sejuk atau panas baginya).

Jika anak itu sudah besar (1 tahun ke atas) mungkin dia sudah tidur lama di siang hari atau pun waktu petang sebelum waktu maghrib.

2. Banyakkan aktiviti buat si kecil.

Sibukkan aktiviti anak-anak sebelum waktu tidur dengan bermain-main dengannya supaya dia rasa penat dan mengantuk.

3. Mandi sebelum maghrib.

Mandikan anak sebelum waktu maghrib supaya tubuhnya selesa di waktu malam.

Tubuh yang berpeluh boleh membuatkan anak rasa tidak boleh lena tidur dan akan meragam di waktu malam.

4. Bedtime story telling.

Untuk anak yang sudah boleh bercakap, boleh praktikkan amalan membaca buku cerita padanya sebelum waktu tidurnya (bedtime stories).

Amalan ini juga boleh membuatkan anak terleka, lebih-lagi mendengar suara ibu atau bapanya yang mendayu-dayu menjadi pelbagai watak. ☺️

5. Bacaan Al-Quran.

Perdengarkan bacaan Al-Quran di dalam bilik / tempat anak tidur.

Boleh bermula dengan surah yang pertama (al-fatihan), dan diteruskan setiap malam sehingga khatam Al-Quran, dan kemudian diulang lagi.

Amalan ini boleh mententeramkan dan melembutkan hati anak-anak.

Ini kerana dalam keadaan separa sedar, minda manusia terutama kanak-kanak akan serap segala yang didengari oleh telinganya.

Amalan yang konsisten akan memudahkan anak menghafal Al-Quran apabila besar nanti.

6. Sapu krim telon & minyak bayi.

Cara buat bayi tidur lena
Bayi tidur lena

Sapukan krim telon bayi dan minyak bayi Comelote setiap kali selepas mandi.

Buat urutan lembut pada seluruh tubuh anak terutama di belakang telinga, ubun-ubun, tulang belakang, nadi, zon T dan dadanya.

Gabungan kedua-dua krim telon & minyak bayi ini merupakan tips tangani anak sukar tidur yang paling mudah, cepat dan berkesan.

Essential oil di dalam krim telon dan minyak bayi (head & body oil) Comelote merupakan bahan yang boleh merangsang hormon tidur lena dan menenangkan anak-anak sepanjang hari.

Tips anak tidur lena
Essential Oil membantu masalah sukar tidur

Ibu boleh sapu krim telon dan minyak bayi Comelote sekali lagi apabila telah masuk waktu tidur anak.

Dengan amalan yang KONSISTEN, anak juga tidak memerlukan lagi buaian untuk tidur yang lebih lena kerana essential oil buah-buahan yang terdapat dalam krim telon dan minyak bayi comelote membantu masalah sukar tidur anak-anak.

Tidur lena tanpa buaian
Selamat tinggal buaian

Semoga tips tangani anak sukar tidur dari comelote ini merungkai masalah ibu bapa di luar sana.

Untuk pembelian, sila hubungi ejen Comelote terdekat anda di link ini:

www.comelote.com/senarai-ejen

SHARE itu perihatin.

From the Heart of a Mother ❤️
Kak biey bakal mama anak 5
(Pengasas Comelote)

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart